JENIS2 UMPAN

UMPAN MEMANCING

Didalam aktiviti memancing selain Peralatan Memancing yang lengkap, kaedah penyediaan dan penggunaan umpan serta mempastikan lubuk amat penting bagi mempastikan membawa hasil tangkapan yang memuaskan. Pada hakikatnya bagi seseorang pemancing 30% bergantung pada persiapan/kesungguhan serta 70% lagi bergantung kepada nasib atau rezeki. Oleh yang demikian faktor kesungguhan amat dititik beratkan agar aktiviti ini dapat ditaksirkan sebagai satu sukan yang mencabar. Penyediaan serta penggunaan umpan pula boleh dikategorikan kepada beberapa faktor termasuk keadaan air serta lubuk.

A. Umpan Laut Dalam

Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan Umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing , usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo.(Tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak) Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.


1.Umpan Ikan Segar spt. Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dll.
2.Gewang (Rapala)
3.Sotong Hidup
( Ikan Utama: Tenggeri, Jemuduk, Pari, Alu-Alu, Merah, Yu dll )


B. UMPAN LAUT DALAM(terutama bahagian Muara Laut) ,
Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.


1.Udang Hidup
2.Perumpun
3.Tamban
4.Wat Wat Bakau
5.Hirisan Ikan
6.Gewang

(Ikan Utama: Siakap,Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dll )

C. UMPAN IKAN AIR TAWAR (Hulu-Hulu Sungai spt. Tmn. Negara)
Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air .


1.Kelapa Sawit
2.Buah Neram
3.Ulat Sagu
4.Cengkerik
5.Ubi Kayu
6.Cacing Tanah
7.Perut Ayam
8.Gewang (mengilat)

( Ikan Utama: Kelah, Sebarau, Tengas, Kejor, Baung, Kalui, Kelisa dll )

D. UMPAN IKAN SUNGAI
Kebiasaan Aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangkamasa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding Umpan Air Msin dan persiapan untuk Umpan Air Tawar.


1.Katak
2.Cacing
3.Anak Udang
4.Pisang
5.Tepung & Dedak (Hong)
6.Roti
7.Anak Ikan
8.Hati Ayam
9.Telur Kerengga

(Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dll)


Walau bagaimana pun seperti dinyatakan diatas penggunaan Umpan lebih tertumpu kepada niat pemancing sendiri terutama yang telah menjadi ‘pelanggan’ tetap bagi sesuatu lubuk. Salah satu umpan yang dimaksudkan seperti Umpan Tapa kursus untuk tangkapan Ikan Baung. Disini adalah diingatkan agar penggunaan daging adalah dilarang kerana Umpan sebegitu lebih mengundang masalah kepada pemancing sendiri. Ada kalanya pemancing mempunyai kaedah sendiri dalam penggunaan Umpan namun prinsipnya tetap sama iaitu untuk mendapat hasil yang memuaskan. Bagi penggunaan Umpan Air Masin ,Udang Hidup adalah Umpan yang terbaik kerana perbagai jenis ikan amat mengemari Umpan ini kerana pergerakkannya didalam air mudah menarik minat ikan disitu. Selain Ikan Siakap, Ikan Kerapu dan Jenahak turut terpesona dengan penggunaan Umpan Udang Hidup. Adakalanya diakui Umpan seperti perumpun dan tamban turut boleh menambat ikan-ikan ini tapi peluang Umpan Udang Hidup lebih tinggi. Disinilah yang dikatakan nasib dan rezeki. Oleh itu apa jua yang ingin dilakukan dahului dengan Bismillah dan Selawat serta ingat Allah selalu..Insya-allah kita akan mendapat rezeki yang baik dan selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: